10 November 2008

Tazkirah ringkas untuk renungan bersama

Empat Perkara Sebelum Tidur
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7 :
Maksudnya : Apa-apa yang diberikan rasul kepadamu hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan.

Marilah kita pada hari yang mulia ini, mendengar satu pesan Rasulullah mengenai perkara yang sepatutnya kita sebagai umat Islam lakukan sebelum tidur.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah janganlah engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara tersebut?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Oleh itu sama-samalah kita renung dan bayangkan, adakah kita sudah mengamalkan pesan Rasulullah ini. Jika sudah, alhamdulillah. Jika belum, masih belum terlambat untuk mengamalkannya. Jika sebelum ini tidak mengetahuinya maka diharapkan dengan tazkirah ringkas ini menjadikan anda maklum dan dapat mengamalkannya mulai hari ini. Moga-moga kita tergolong dari kalangan orang yang mencintai Rasulullah kerana mengikuti tingkahlaku baginda sepertimana yang dinyatakan dalam ayat Ali Imran ayat 31 :
“Katakanlah : Jika kamu mengasihani Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihani kamu dan mengampuni dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang”