15 January 2009

SELAMAT BERJUANG!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT..

KEPADA SEMUA WARGA PELAJAR SMKA SLIM RIVER YANG DIKASIHI ALLAH..

KEWAJIPAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM HENDAKLAH BERTERUSAN BELAJAR DAN TERUS BELAJAR. TIDAK ADA ISTILAH PENAT, LEITH, BOSAN DAN JEMU DALAM PERKARA KEWAJIPAN KITA TERHADAP ALLAH SWT.

OLEH ITU, AYUH BANGUN DAN BERJUANGLAH DEMI MEMARTABATKAN UMAT ISLAM. UMAT ISLAM SEKARANG SUDAH MENGALAMI SINDROM LETIH, LEMAH, MALAS, PENAKUT, KEDEKUT DALAM SEGALA HAL, TUNDUK DAN MENYERAH KEPADA MEREKA YANG LEBIH KUAT DARIPADA KITA.

RENUNG-RENUNGKANLAH.....

14 January 2009

Selamat kembali ke sekolah

Persekolahan tahun 2009 sudah pun bermula. Semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima sudah pun melaporkan diri bagi memulakan persekolahan pada 4 Januari yang lalu. Masing-masing nampaknya sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran setelah bercuti panjang. Harapan dan doa kami semoga tahun ini akan menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang. Usaha untuk menjana lebih kegemilangan diri,keluarga dan sekolah hendaklah dilipatgandakan. SMKA Slim River akan mencapai misi yang diharapkan menjelang tahun 2010. Amin....

10 November 2008

Tazkirah ringkas untuk renungan bersama

Empat Perkara Sebelum Tidur
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7 :
Maksudnya : Apa-apa yang diberikan rasul kepadamu hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan.

Marilah kita pada hari yang mulia ini, mendengar satu pesan Rasulullah mengenai perkara yang sepatutnya kita sebagai umat Islam lakukan sebelum tidur.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah janganlah engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara tersebut?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Oleh itu sama-samalah kita renung dan bayangkan, adakah kita sudah mengamalkan pesan Rasulullah ini. Jika sudah, alhamdulillah. Jika belum, masih belum terlambat untuk mengamalkannya. Jika sebelum ini tidak mengetahuinya maka diharapkan dengan tazkirah ringkas ini menjadikan anda maklum dan dapat mengamalkannya mulai hari ini. Moga-moga kita tergolong dari kalangan orang yang mencintai Rasulullah kerana mengikuti tingkahlaku baginda sepertimana yang dinyatakan dalam ayat Ali Imran ayat 31 :
“Katakanlah : Jika kamu mengasihani Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihani kamu dan mengampuni dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang”

15 October 2008

KEHEBATAN SOLAT

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama

SPM menjelang tiba

Peperiksaan SPM akan tiba tidak berapa lama lagi. November pasti akan muncul dan bermulalah perjuangan calon-calon SPM. Masih ada masa lagi untuk anda berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Buktikan anda memang pejuang sebenar dan berupaya untuk merealisasikan hasrat anda dan juga sekolah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya dalam kehidupan yang mendatang. Tiada noktah dalam perjuangan lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu. Sesiapa yang bersungguh-sungguh dan tekun InsyaAllah akan mendapat kejayaan.

Peperiksaan PMR 2008

Selamat berjaya diucapkan kepada calon-calon yang sedang menduduki PMR mulai 13 Oktober sehinggalah 17 Oktober 2008. Moga dapat menjawab dengan baik dan tenang seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang. Semua pihak mendoakan kejayaan anda semua.

23 May 2008

PLBS PQS... Sudahkah anda bersedia??

Ujian Pentaksiran Lisan PQS akan mula dijalankan sebaik sahaja bermula penggal ke dua persekolahan. Pastikan para pelajar:
1. Dah 'cair' surah YAASIIN dan SAJDAH.
2. Dah lancar HADIS-HADIS dalam sukatan PQS.
3. Dapat membaca al-Quran dengan bertajwid (betul mad, dengung, tak dengung, izhar, idgham), fasih (berlahjah/berlidah/Sebutan Arab) dan lancar.

SELAMAT BERJAYA.

14 May 2008

PEMARKHARAN PLBS PQS

SKALA PEMARKAHAN PLBS KESELURUHAN-
Cemerlang 80-100
Sederhana 40-79
Lemah 00-39

TEMPOH PENGULANGAN-
Calon yang mendapat markah 79 ke bawah berhak mengulang.
- Pengulangan hanya dibuat pada bahagian-bahagian yang tidak mencapai tahap cemerlang sahaja.
- Markah minimum PLBS ialah 40%.
- Calon yang tidak melaksanakan PLBS dalam tempoh yang ditetapkan dianggap Tidak Hadir.

PEMARKAHAN (BAHAGIAN TILAWAH)·
Jadual pemarkahan

Perkara Dinilai (Skala Markah)

Tajwid
Cemerlang (16-20)
Sederhana (07-15)
Lemah (00-06)

Fasahah
Cemerlang (08-10)
Sederhana (05-07)
Lemah (00-04)·

Pemotongan markah dinilai secara holistik pada hukum tajwid.·
Kesalahan calon mesti dicatat pada bahagian catatan·
Pemotongan markah hukum tajwid dan fasohah mengikut skala berikut:

1-5 kesalahan potong 1 markah
6-10 kesalahan potong 2 markah(pemotongan seterusnya mengikut skala di atas)·
Markah maksimum bagi calon yang mengulang bahagian tilawah :-

tajwid - 16 markah
fasahah - 08 markah

PEMARKAHAN (BAHAGIAN HAFAZAN)·
Pemotongan markah dinilai secara holistik pada hukum tajwid.·
Kesalahan calon dicatat pada bahagian catatan.·
Pemotongan markah hukum tajwid dan fasohah mengikut jadual berikut :
* 1-5 kesalahan potong 1 markah
* 6-10 kesalahan potong 2 markah (pemotongan seterusnya mengikut skala di atas)·
Pemotongan markah bahagian hafaz / lancar :
* 1-3 teguran potong 1 markah
* jika masih tidak dapat mengingati, boleh mengulang semula pada sesi kedua.·


Jadual pemarkahan
SURAH AL-SAJDAH dan SURAH YAASIN

Hafaz / Lancar
Cemerlang (12-15)
Sederhana (09-11)
Lemah (00-08)

Tajwid
Cemerlang (08-10)
Sederhana (05-07)
Lemah (00-04)

Fasahah
Cemerlang (04-05)
Sederhana (02-03)
Lemah (00-01)

Calon yang gagal menyempurnakan tugasan yang diberi dikehendaki memperdengarkan bacaan mana-mana ayat daripada surah yang dinilai tetapi markah maksimum yang layak diperolehi 26 markah sahaja.(daripada kedua-dua surah)·

Markah maksimum bagi calon yang gagal menghafaz bahagian hafazan
- Hafaz / lancar - 16 markah / 2 surah
- tajwid - 08 markah / 2 surah
- fasahah - 02 markah / 2 surah

PEMARKAHAN (BAHAGIAN BACAAN HADIS)·
Jadual pemarkahan

Perkara Dinilai (Skala Markah)

Kelancaran, Fasahah dan (08-10)
Sederhana (05-07)
Lemah (01-04)·

Pemotongan markah dinilai secara holistik.·
Pelajar yang cemerlang layak mendapat 10 markah.·
Pemotongan markah dinilai pada :
* 1-5 kesalahan potong 1 markah
* 6-10 kesalahan potong 2 markah
* jika masih tidak dapat membaca dengan lancar, boleh mengulang semula pada sesi kedua (tempoh pengulangan 2 kali sahaja)
* calon yang mengulang layak mendapat markah maksimum 8 markah sahaja.

CATATAN: Rujukan utama adalah edaran manual yang sah dari LPM dan Ketua Pentaksir

Sumber: mypqs.blogspot.com

PEPERIKSAAN DAH BERMULA...



peperiksaan pertengahan tahun 2008 dah pun bermula. selamat menghadapi peperiksaan saya ucapkan kepada semua pelajar, semoga anda semua dapat menghadapinya dengan tenang dan penuh keyakinan.

ingat pesan mak ayah, ingat pesan guru-guru. kecemerlangan akademik menjadi teras dan objektif utama dalam persekolahan. selain hadaf utama kita sebagai hamba Allah, menunaikan kewajipan mencari ilmu sebanyak mungkin buat bekalan di hari kemudian...

ingat pesan Nabi S.A.W : "طلب العلم فريضة على كل مسلم"

13 May 2008

SALAM UKHUWWAH

Assalamualaikum wbt...

salam ukhuwwah fillah buat insan yang menjunjung Islam sebagai "ad-Deen".

khusus buat semua mu'allim, mudarris dan murabbi khususnya guru-guru Pendidikan Islam dan juga buat para muriid, tilmiiz dan tholib yang mendokong subjek ini...

marilah sama-sama kita berkongsi ilmu demi memartabatkan Islam di atas muka bumi ini.